Seleksi Banana Peel "selipar pisang"

SEMAKIN ramai remaja yang selesa mengenakan
selipar untuk bersiar-siar demi keselesaan kaki.

DAHULU tidak banyak selipar yang menampilkan himpunan corak berwarna-warni. Terlalu trendy dan mudah menarik perhatian, suatu ketika dahulu tidak ramai yang gemar memakai selipar seperti itu kala bersiar-siar.
Bagaimanapun, fesyen masa kini telah mengalami perubahan drastik apabila peminat fesyen tidak hanya gemar mengumpul kasut, bahkan selipar turut menjadi koleksi peribadi. Sesuai dipadankan dengan pelbagai gaya, selipar juga menjadi pernyataan fesyen tersendiri.


Selipar hari ini tidak hanya menekankan kepada keselesaan, malah perlu tampil dengan corak unik, rekaan lebih trendy dengan permainan warna yang segar.

Kedatangan jenama baru selipar Banana Peel yang menggabungkan gaya terkini, keselesaan dan serba guna menawarkan pelbagai seleksi rekaan yang sesuai dengan semua lapisan umur.

Berkonsepkan bebas bergerak dengan penuh yakin, jenama itu diilhamkan oleh iklim dan gaya hidup tropika sekali gus sesuai dengan musim di negara ini.

MOTIF comel koleksi Retro Mickey and Minnie.


Selipar yang bergaya santai itu direka dengan gaya ultra trendy, olahraga dan klasik. Tawaran harga yang cukup kompetitif iaitu RM23 sepasang dengan pilihan corak amat menarik pasti membuatkan ramai yang ingin menyarungnya.

Jika anda seorang wanita yang gemarkan gaya manis dengan watak kartun Disney, koleksi Retro Mickey and Minnie merupakan pilihan terbaik untuk dipakai.

Sementara itu, koleksi Freshly Squeezed pula membawa rekaan menarik dengan gabungan warna jingga.

“Mereka yang ingin kelihatan sentiasa ceria dan sesuai dengan usia remajanya, koleksi rekaan bercorak abstrak Banana Peel’s Mad About Prints amat sesuai, malah ia boleh dipadankan dengan pelbagai warna pakaian anda,” beritahu Pengarah Oridea Sdn. Bhd., Pauline Ng.

Setiap dua bulan Banana Peel akan mengetengahkan himpunan baru dengan tujuan memberikan cita rasa yang lebih pelbagai kepada si pemakai. Tidak pernah sesekali melupakan fesyen untuk kaum lelaki, koleksi All Signs memberikan gambaran ciri lelaki maskulin.

“Koleksi ini mengetengahkan banyak paparan tanda-tanda seperti No Parking, Speed Limit, Fragile dan Slow Children Playing,” jelasnya lagi.

TERDAPAT juga pelbagai pilihan selipar untuk sang jejaka.


Bagi anda yang ingin tampak ringkas, koleksi uniseks iaitu Status Quo memberi pilihan lima warna cukup menarik iaitu merah, coklat, hitam, kelabu dan merah jambu.

Koleksi Banana Peel boleh didapati di galeri Banana Peel di pusat beli-belah seperti MidValley, Sunway Pyramid dan Plaza Sungei Wang.

Sila Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s