Cut Tari beri keterangan kepada polis isu klip lucah

Cut Tari

JAKARTA – Pengacara terkenal, Cut Tari bertindak mendiamkan diri apabila pihak media mengajukan soalan mengenai sesi soal siasat yang berlangsung selama 10 jam di sebuah pejabat polis di sini berhubung rakaman lucah yang melibatkan individu miripnya dan Ariel Peterpan, lapor sebuah akhbar semalam.

Cut Tari yang ditemani suaminya Johannes Joesoef Subrata kelihatan terburu-buru untuk beredar bagi menghindarkan diri daripada dikerumuni pihak media.

Tidak banyak komen yang dikeluarkan oleh pengacara itu.

“Aduh, hujan. Tolong ya, Terima kasih,” katanya kepada pemberita selepas selesai menjalani sesi soal siasat dengan polis.

Ketika itu, hujan sedang turun.

Menurut akhbar itu, wajah Cut Turi kelihatan penat tetapi dia memberikan senyuman kepada pemberita.

Cut Turi dan suaminya itu memasuki sebuah kenderaan Suzuki sebelum meninggal pejabat polis tersebut.

Dia disoal siasat polis berhubung klip video yang menampilkan wajahnya dengan Ariel yang kini masih ditahan polis kerana disyaki menyebarkan klip berkenaan di Internet. – Agensi

Sumber : Kosmo

One thought on “Cut Tari beri keterangan kepada polis isu klip lucah

  1. kalau cuace panas agak2 die bg komen ape plak..=)kalau xsalah x perlu takut ape2 rasenye..

Sila Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s