Suami tangkap isteri curang

DUA anggota JAIP menahan seorang wanita yang didapati 
berdua-duaan dengan pasangannya di Kuantan semalam.

KUANTAN – Hati suami mana yang tidak remuk apabila melihat isteri yang dikahwini sejak lima tahun lalu didakwa melakukan perbuatan sumbang dengan lelaki lain hingga memaksanya memasang perangkap dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kelmarin.

Ternyata, perangkap yang dipasang lelaki dikenali sebagai Muhammad, 30-an mengena apabila mendapati isterinya itu sedang bercumbu mesra dengan lelaki seusia dengannya pada pukul 3 petang di dalam sebuah bilik sewa di atas sebuah restoran di Jalan Dato Lim Hoe Lek di sini.

Wanita berusia 33 tahun yang merupakan ibu kepada empat orang anak itu mula berubah sikap sejak sebulan lalu hingga mendorong suaminya melakukan intipan selepas tidak tahan dengan cakap-cakap orang mengenai kecurangan yang dilakukan isterinya.

Sila Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s